Sunday, 18 September 2016

Bloom

Assalamualaikum w.b.t.

Finally, I'm blooming, ready to be target by a bee.


Now Playing : HAPPY BIRTHDAY - Yang Yoseob


Hi again. Actually takda rasa pun nak update but since I'm a Queen (bday girl) today, SA gagah jugak tangan untuk update. Well at least SA buat jugak comeback setelah lama menyepi dari dunia blog ni. SA tak pergi mana pun. Ada ja dekat sini. Tapi dekat blog orang lain la. Macam biasa editing apa bagai. Banyak benda nak update like setiap kali something jadi or SA terinspire, SA dah set dah dalam otak k balik nanti nak update hm kemalasan win. Plus dengan tahun ni tahun SA menduduki SPM pulak kan, memang busy lah sikit (eleh padahal duduk rumah tak study pun kau hadap drama memanjang tengok laptop jugak pegey rahhh)

Sebelum apa-apa, I want to thanks Allah a lot for letting me survive from 18 Sept 1999 at 4.23 pm sampai la sekarang walaupun SA ni hamba yg tak guna. Tak reti bersyukur kadang tu. Pastu mintak macam-macam tapi taknak usaha, nak sujud pun malas. Ampun, ya Allah.

Firstly, SA nak ucap terima kasih banyak2 dekat mak SA Pn. Noor Azian bt Osman sebab bertarung nyawa untuk bagi SA tengok dunia ni dan abah En. Omar bin Ghazali yg bertungkus lumus kerja dan tak penat layan kerenah anak dara dia seorang ni even though at the end SA ni seorang anak yg paling tak guna rasanya, asyik buat mak nangis, marah-marah, and always disappointed them. Mak abah, adik nak mak abah tahu, yg adik sangat-sangatlah nak banggakan mak abah walaupun sekali, adik nak sangat peluk mak abah, cium mak abah, dan kata dekat mak dan abah, "adik sayang mak abah sangat-sangat" tapi yeah, ego always win. One day mak, one day abah, adik tahu adik tak patut tangguh sebab Allah boleh ambil nyawa kita bila-bila ja tapi adik tetap janji, one day adik akan tunjuk dekat mak abah yg adik ni pun berguna macam orang lain, yg adik ni worth it untuk mak abah jaga dari sekecil zarah sampai sebesar ikan paus yg asyik lapar memanjang dan tak reti nak berhenti makan. Eh ikan paus besar sangat. Okay lah, sebesar gorilla (hm mcm besar jugak ja). Even if tak sempat di dunia, adik akan buktikan di akhirat.

Next, kepada kakak, abang cik (al-fatihah)(walaupun kita tak sempat jumpa), kakya, dan abang yet, walaupun kita tak serapat dan sechilling adik beradik orang lain, tapi adik bersyukur adik ada korang dalam hidup adik. At least masa adik kecik dulu ada jugak orang tolong mak jaga adik, main dengan adik. Salah adik jugak, terlalu introvert dari kecik. Bila besar jumpa kawan baru reti nak extrovert sikit, tapi nak buat depan korang, hm take time kot, still awkward. Dan kepada kakak yg selalu ada time adik dibelakangkan, thanks sangat-sangat. Kakak ja yg selalu ingat adik di saat semua orang lupa adik ni wujud. Thanks sebab anggap adik macam adik kandung kakak walaupun kita asal dari rahim yg berbeza.

Then kepada semua makhluk yg wujud dalam hidup SA, atau pernah wujud, atau tak pernah anggap SA wujud pun, kucing dan anjing tepi jalan yg SA pernah jumpa dan ajak sembang, pokok-pokok dan alam sekeliling yg sering mengindahkan pandangan dan melapangkan jiwa, thanks sangat-sangat. Walaupun kita tak rapat atau tak sekepala atau tak pernah cakap sekali pun, korang semua mengajar SA erti kehidupan. Everyone is worth to meet. Thanks for the memories and lessons.

Lastly, THANKS DEAR SELF. You have managed to survive till this moment. Thanks sebab cuba berubah jadi yg lebih baik, thanks sebab bagi kesempatan untuk diri kau bahagia, thanks sebab tabah hadapi ujian hidup selama 17 tahun. Daripada nak merangkak pun tak lepas sampai dah boleh lari 1400m 4 tahun turut-turut walaupun tak pernah menang, hm well at least i did run 1400m straight dan tak give up separuh jalan macam orang lain walaupun sebenarnya baru 1 round dah mengah. Nak ja SA berhenti sebelah join diorang muntah sekali and be disqualified. Tapi tak, SA teruskan, sebab SA tahu kat depan sana ada yg tengah tunggu SA sampai, yg tak sabar-sabar nak sambut SA dan berbangga dengan SA walaupun balik dengan tangan kosong.

Macam tu jugak dengan kehidupan kita, kalau kita tabah tempuhi apa jua halangan dan rintangan depan kita, inshaallah kita boleh sampai ke mana yg kita nak.

Kepada diri sendiri, teruskan usaha kau sekarang dan encourage diri kau macam yg kau selalu encourage orang lain. Sekarang ni giliran kau pula untuk kata pada diri sendiri "don't give up" "be strong" "everything's gonna be okay". Be what you told others to be.






Wassalamualaikum w.b.t.

No comments:

Post a Comment

I appreciate your words! Thanks for the comments.

Note: only a member of this blog may post a comment.