Sunday, 10 April 2016

Mean

Assalamualaikum w.b.t.



Haritu SA terdengar si A ni cakap dekat si B, 

A : "wei, kau pernah tak nangis sebab kawan"
B : "kenapa tanya macam tu? nak nangis sebab apa"
A : "alah nangis sebab apa ja like sedih dia berubah ka, buat benda yg kita tak suka ka"
B : "tak pernah ah pulak"
A : "serious tak pernah? tipu ah kau ni. takkan sado sangat"
B : "betul lah, nak bohong buat apa? membazir air mata ja lah nangis untuk kawan"

But in the other day, I heard si B cakap dekat C,

B : "wei haritu dia (pakwe) bergurau dengan aku kasar gila"
C : "then apa jadi?"
B : "pastu kami gaduh lah. aku nangis tahu tak. take time gila dia nak pujuk. ego tinggi"

Nampak tak apa yg tak kena kat sini?

Hello, sis. Buat apa kau nangis untuk orang yang belum tentu pun jadi suami kau? Sedangkan lagi worth it kalau kau nangis untuk kawan sebab diorang yg corakkan hidup masa zaman remaja kau sebenarnya tau? Even yes, aku tahu tak semua yg be real dan jujur dengan kita tapi tak semua fake jugak. Mesti akan ada even seorang kawan kau jujur dan ikhlas kawan dengan kau. 

Tapi pakwe kau yg kononnya 'loyal' tu akan tinggalkan kau jugak. Even fate says that ada jodoh korang bersama, korang takkan bahagia. Trust me. Sebab korang dah bazirkan zaman kemanisan tu buat sekian lama dah. Lepas kahwin, maybe not both but probably one of you will feel annoyed and bored with another.

Dan di saat kau jatuh tu, kau nak cari sapa? Kata lah kau tak sampai hati nak tunjukkan kesedihan depan mak ayah kau, you will be searching for shoulders yg sanggup dibasahi air mata kau jugak kan? Bahu siapa lagi kau nak redah kalau bukan bahu kawan kau?

Anak muda, sedarlah. Kita sedang berada di akhir zaman sekarang ni. 
Takkan bila izrael nak cabut nyawa kau, kau nak cakap, "jap jap, jangan cabut nyawa aku lagi. aku tak ready lagi lah".
Takkan bila israfel nak tiup sangkakala, kau nak kata, "kejap. jangan tiup lagi aku nak solat taubat dulu".

Macam tu?

Oh boys and girls,
Sedarlah bahawa kita ni hamba yg hina di mata Allah. We are nothing if we don't have Allah with us now. So realize lah cepat kepada siapa yg kau sembah selama ni dan untuk apa kau sujud kepada-Nya selama ni.

p/s: nak sambung buat homework(sssss)

Waalaikumussalam w.b.t.

No comments:

Post a Comment

I appreciate your words! Thanks for the comments.

Note: only a member of this blog may post a comment.