"Kadang-kadang aku menulis, untuk hadirkan rasa.
Kadang-kadang aku menulis, untuk singkirkan dusta."
Far Away
posted by AishEob Wednesday, 16 March 2016 at 17:10 0 comments
Assalamualaikum w.b.t.

"I've learned that you can keep going
long after you think you can't"

Ya memang aku dah boleh move on. Tapi hari demi hari, aku rasa mereka makin jauh dari aku. Entah kenapa. Dan semakin jauh mereka dari aku, semakin aku rasa aku jauh dari diri aku.

Aku dapat rasa yang aku berubah. Dulu, aku tak pernah chat, tweet or senang cakap tak tegur langsung lah kaum Adam ni. But now, aku dah mula chat private, tweet, melawak apa bagai.

But yeah, aku cakap benda merapu ja, melawak macam kawan, macam mana aku melawak dengan kawan perempuan aku. So I thought it's okay. Sebab aku bukan menggedik or bermanja ka apa ka. And in real life pun aku tak pernah bercakap langsung dengan mana-mana lelaki even classmate aku.

Sampai la satu hari, I saw this tweet said, 
"Dekat luar, ikhtilatnya sangat terjaga,
Tapi dalam diam, dia kecundang bab ikhtilat di dalam alam maya"

Aku tersentak. Jari aku yg nak tekan 'retweet' pun beku, tak jadi. Serious aku rasa macam tweet tu memang untuk aku. Untuk menyentapkan aku yg dah terbelok entah ke mana ni.

Dan saat itu aku tahu, sebenarnya Allah sedang panggil aku untuk kembali. Kembali menjadi diri aku yg dulu. Aku tahu, Allah masih menyayangi aku. Dia taknak aku pergi jauh dari landasan ke syurga-Nya, so Dia tegur aku awal-awal.

Aku bersyukur sebab hati aku masih sedar dan boleh menerima sebelum aku terpesong lebih jauh lagi. 

Terima kasih, Ya Rahim :')

Wassalamualaikum w.b.t.
design by Wanaseoby