Friday, 18 March 2016

Free

Assalamualaikum w.b.t.

Life is so unpredictable

Free yang aku cuba maksudkan di sini bukanlah 'percuma' tetapi 'bebas'.

Yes. Sebab aku merasa seperti aku bebas dari dunia 'acah-acah perfect'. Aku akui, results aku lebih baik sekarang berbanding dahulu. Dan hidup aku seakan-akan terlepas dari satu masalah. Hidup aku lebih tenang sekarang. Dan itulah yang membuatkan aku berasa bebas.

Tapi sedang aku menikmati kebebasan aku ini, aku teringatkan mereka. Mereka yang used to be beside me dan buat segala benda dengan aku selama ni.

Ya, aku tengah bercakap pasal kawan-kawan sekolah lama aku.

For seriously, aku kesiankan mereka. Tulus ikhlas aku cakap.


Kenapa ukhwah makin lama makin susah nak dibentuk. Kenapa tak ada sesiapa yg nak tolong kawan dia bangun lepas dia jatuh? Bukan semua manusia mampu bangun sendiri. Semua Allah beri kekuatan dan tahap kesabaran yg berbeza-beza. Kalau kau kata kau dah tegur tapi dia taknak terima and said "tanggungjawab aku dah lepas", seriously, korang bukan seorang sahabat.

Apa yg aku cuba cakap is kita semua tak perlukan kawan. Kita semua perlukan sahabat. Orang yg sedia berada di sisi kita susah dan senang, orang yg tak akan mengalah dengan apa pun yg kita buat. 

Ya aku berani cakap ni sebab aku pun pernah lalui. Di saat kau nak bangun dan tak mampu tapi tak ada sesiapa pun datang menghulur tangan. Aku pernah rasa. Sakit wei. Pedih. Dan aku pernah rasa jugak di saat kawan kau jatuh depan mata kau dan tak ada sesiapa yg datang tlong dia. Perasaan tu perit wei. Perit. Jadi aku tolong dia untuk bangun walaupun dia taknak sambut huluran aku. Tapi aku tak pernah mengalah. Aku masih tunggu the day that she will hold my hands again and run towards jannah together. Aku tetap tunggu even banyak kali aku rasa nak mengalah, lepas dicaci, dihina oleh kawan sendiri, aku tetap setia menunggu sebab aku percaya dia masih boleh berubah.

Dan macam tu lah jugak aku nak korang semua behave. Behave seperti seorang sahabat. Bukan seperti seorang kawan. Kalau kawan dengan haiwan pun kau boleh berkawan, dengan patung pun kau boleh berkawan. Tapi gelaran sahabat hanya ada pada manusia wei. Trust me. 

Dan satu lagi. Tu sekolah ka kilang? Serious tak ubah macam kilang. Pelajar ditekan untuk kepentingan pihak sekolah dan kementerian semata-mata. Dah hilang nilai kasih sayang antara pelajar dan cikgu dalam sekolah tu.

Pelajar disuruh mendapat keputusan yg cemerlang yet they make the students take over every works. Apa semua ni? Bukan semua pelajar dapat kelebihan yg sama. Duduk sekolah pandai tak semestinya kau tak payah belajar 24/7 pun kau akan dapat results bagus. Tak semua orang boleh wei.

Dan percayalah, cikgu. Seteruk mana pun seorang pelajar tu, cikgu tak layak nak putus asa ke atas mereka. Cikgu tak layak nak halau mereka keluar sebab air muka cikgu dah jatuh. Serious tak layak. Percayalah cikgu. Apa yg cikgu perlu buat hanyalah memberi kepercayaan dan percaya mereka boleh berubah. Bukan buang mereka semua. Sebab sekali lagi saya ulang, CIKGU TAK LAYAK. 

Aku pun berubah sebab ada yg percaya aku boleh berubah. Di saat semua orang suka tengok aku tersungkur, hanya ada beberapa orang cikgu ni ja yg percayakan aku, yang mengharap aku boleh bangun semula. Dan kepercayaan tu lah yg bantu aku bangkit sehingga sekarang. Semuanya bermula dengan kepercayaan, sayang. Tak perlu buat apa-apa pun. Tak perlu guna tenaga, tak perlu guna duit pun. Tak susah, cikgu.

Yes aku marah sangat sekarang. Marah sebab cikgu-cikgu makin melampau. Marah sebab kawan-kawan aku dah mula tak peduli antara satu sama lain. Come on lah.

Demi nama Allah, masa hari ambil results SPM nanti, aku sendiri yg akan jumpa cikgu-cikgu yg layan pelajar macam robot ni, dan tegur dengan mulut aku sendiri. Aku nak diorang tahu apa salah diorang mendidik. Kalau biar, benda takkan berubah sampai bila-bila pun. Aku pun taknak cikgu-cikgu masuk neraka sebab salah benda yg kecil-kecil.

Aku janji dengan diri aku, dengan kawan-kawan aku.

Semua yg aku cakap ni tulus ikhlas dari hati aku. Maaf.

Wassalamualaikum w.b.t.

Wednesday, 16 March 2016

Far Away

Assalamualaikum w.b.t.

"I've learned that you can keep going
long after you think you can't"

Ya memang aku dah boleh move on. Tapi hari demi hari, aku rasa mereka makin jauh dari aku. Entah kenapa. Dan semakin jauh mereka dari aku, semakin aku rasa aku jauh dari diri aku.

Aku dapat rasa yang aku berubah. Dulu, aku tak pernah chat, tweet or senang cakap tak tegur langsung lah kaum Adam ni. But now, aku dah mula chat private, tweet, melawak apa bagai.

But yeah, aku cakap benda merapu ja, melawak macam kawan, macam mana aku melawak dengan kawan perempuan aku. So I thought it's okay. Sebab aku bukan menggedik or bermanja ka apa ka. And in real life pun aku tak pernah bercakap langsung dengan mana-mana lelaki even classmate aku.

Sampai la satu hari, I saw this tweet said, 
"Dekat luar, ikhtilatnya sangat terjaga,
Tapi dalam diam, dia kecundang bab ikhtilat di dalam alam maya"

Aku tersentak. Jari aku yg nak tekan 'retweet' pun beku, tak jadi. Serious aku rasa macam tweet tu memang untuk aku. Untuk menyentapkan aku yg dah terbelok entah ke mana ni.

Dan saat itu aku tahu, sebenarnya Allah sedang panggil aku untuk kembali. Kembali menjadi diri aku yg dulu. Aku tahu, Allah masih menyayangi aku. Dia taknak aku pergi jauh dari landasan ke syurga-Nya, so Dia tegur aku awal-awal.

Aku bersyukur sebab hati aku masih sedar dan boleh menerima sebelum aku terpesong lebih jauh lagi. 

Terima kasih, Ya Rahim :')

Wassalamualaikum w.b.t.