"Kadang-kadang aku menulis, untuk hadirkan rasa.
Kadang-kadang aku menulis, untuk singkirkan dusta."
Change
posted by AishEob Saturday, 6 February 2016 at 01:05 0 comments
Assalamualaikum w.b.t.

Change is never easy;
You fight to hold on,
And you fight to let go.

Well it's a month already since the school first started. I want to update the last time I came home but hahaha yes I'm too 'busy' of all those stories that I excitedly want to share with my friends.

So let me write in both malay and english for more comfortable writing.

Masa on the way ke asrama pada 3 Jan tu, SA berdebar gila. Serious tak tipu. Air mata SA asyik bergenang ja, bila lap, dia keluar lagi. Waktu tu ada slight of regrets dalam diri SA but SA cuba endure it because SA tahu mak SA dah lalui macam2 untuk pindahkan SA. So SA rasa SA tak berhak nak menangis. Bila sampai ja, dah siap daftar, cup katil, kemas loker semua, mak SA balik. And that's the loneliest I've ever feel in my whole life till that day. But nak tahu something tak? Allah tu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang tau. Dia takdirkan adik Anis Syazwani sekolah situ dan duduk asrama jugak. And of course la SA jumpa dia and SA seronok sangat masa tu sebab Allah bagi peneman walaupun SA tahu semua tu sementara ja. Then mak dia ajak keluar makan la apa la. Tapi ya, Allah pinjamkan bahagia tu sekejap ja. Ayah Anis hantar SA dgn adik dia then baru nak hantar Anis. Masa nak berpisah tu punya la berat hati tapi SA relakan ja sebab SA tahu SA bukan boleh bergantung pada dia lagi pun lepas ni. 

Then sampai malam tu, SA tahan semua rasa dalam dada and sebelum SA tidur, SA lepas semuanya. SA nangis sampai tertidur. Tapi tanpa sedar, sebenarnya dalam tidur pun SA nangis jugak. Because as I woke up the next morning, air mata tengah meleleh lagi. But SA tak ingat pun SA mimpi apa sebenarnya malam tu. Kenapa SA nangis? Sebab SA rindu kawan2 kat Mashoor. SA perlukan diorang masa tu, SA nak peluk diorang, SA nak jerit kat telinga diorang yang SA sayang diorang semua no matter what. And because that moment, at that rate, SA realize yang SA dah tinggalkan benda paling berharga dalam hidup SA kat belakang. 

Dan SA realize jugak, dah tak ada sapa nak gelak berdekah dgn SA, dah tak ada sapa nak fangirl kpop dgn SA, dah tak ada sapa nak buat lawak bodoh kat SA, dah tak ada sapa nak buat gila dgn SA, dah tak ada sapa nak share makanan dgn SA and the saddest part is, SA takut dah tak ada sapa nak hulur tangan untuk tolong SA bangun bila SA tersungkur atas tanah nanti.

Bila first day masuk kelas tu, SA dapat kelas pure science. Alhamdulillah, budak perempuan semua ramah dgn SA dan budak laki pun bukan jenis yg bising2, nakal sangat apa semua tu. And Jumaat tu baru SA jumpa kaunselor untuk bincang pasal aliran SA. Sebab tujuan utama SA pindah, selain dari stress duduk kat 'sana', SA nak tukar aliran. And setelah bincang, SA dah fikir masak2 yg SA nak masuk aliran Arab but instead of that, kaunselor suggest supaya SA tambah subjek seni sendiri. Sumpah tak tipu, tu first time ada adult yg sokong and encourage SA untuk capai cita2 SA as an Artist. SA tersentuh sangat and masa tu memang SA sangat tekad yang SA nak focus belajar dari awal.

So the next week of school, SA pindah kelas, and budak kelas SA yg lama was like "kenapa pindah kelas? duduk la dgn kami" diorang layan SA macam SA nak pindah sekolah. And I was glad to know that, even I've only know them just for few days, ada ja orang yang nak kawan dgn SA rupanya. And bila masuk ja kelas baru, SA awkward gila sebab even budak laki 4 orang ja dalam kelas tu, tapi diorang buas gila. Serious bising. Ketuk sana ketuk sini. But now lepas sebulan SA stay dgn diorang, SA dah tahu perangai sorang2 and SA dah biasa. Tablemate SA pun baik dgn SA. 

And since then, I learnt, that even kat mana pun kita berdiri, kalau kita jatuh, ada ja yang nak sambut kita. Dan jangan fikir orang yang ada di sekeliling kita sekarang ni yang akan datang pada kita saat kita rebah, sebab kadang orang yang kita tak kenal tu yang datang hulur tangan dulu dari yang lain. So jangan block diri kita from accepting all those new appearance to enter our life. Dan jangan terlalu berharap pada yang dah tak ada. Memang kita masih boleh gapai dari jauh, tapi kita kena sentiasa bersedia hadapi kemungkinan because not all people we love, stay. Tak semua wei.

But apa yang SA boleh cerita dgn bangganya sekarang ni, setakat ni SA tak pernah lagi meniru homework and tak pernah tak siap. Hari tu dapat, hari tu jugak SA siapkan semuanya. SA dah tak tidur dalam kelas. SA bukan story untuk riak. But SA nak bagitahu yang SA bangga dengan diri SA sekarang. SA bangga sangat. SA tak pernah sangka 'hijrah' boleh ubah SA sampai macam ni sekali.




So sekian sahaja kisah penghijrahan SA ke sekolah baru. Tak ada adventure pun and tak senang jugak but thanks to Allah, SA could face all of them dgn baik sekali.

Congrats to me ! Applause, guys ! Hahahaha. Ok bye. 

Oh before that, Happy Chinese New Year to readers yg sambut. Gong Xi Fa Chai :)

Wassalamualaikum w.b.t.
design by Wanaseoby