Friday, 9 December 2016

Late

Assalamualaikum w.b.t.

last day pakai baju sekolah a.k.a last day spm (22/11/16 , Selasa)


Hello! Annyeong! Ni hao! Halla! Ahlan wa sahlan! (eng, hangul, mandarin, swedish, arabic) (ok tu ja SA tahu) 

Wahhh! Punya lah lama tak bukak blogger, dah berubah rupa dah pun. K design macam ni lebih memudahkan orang yg organize banyak blog dalam satu account. SA? SA ada dua blog ja. This one and blog khusus untuk hasil karya SA.

Today dah genap 2 weeks SA tamatkan title 'budak sekolah' setelah 11 tahun pegang title tu. Now, SA dalam fasa remaja, yg baru nak kenal erti dunia sebenar dekat luar sana. Selama ni baca tweet orang, tengok gambar instagram orang and dengar apa senior-senior SA yg dah tamat sekolah cakap ja. Next year, bulan 5 or 6 , dapat result masuk U mana (jika diizinkan Allah), saat tu lah titik permulaan untuk SA bangkit kembali dan buktikan pada semua orang siapa diri SA sebenarnya. 



okay play lagu ni sambil baca nak bagi ada mood huhuhu


Well point SA nak update ni sebenarnya sebab SA realize something. Something yg dah terlambat untuk SA realize sekarang. All of you tahu kan SA baru pindah sekolah tahun ni which is masa form 5 yg maybe sesetengah orang akan fikir "lambatnya kau pindah? kenapa tak keluar dari form 4 haritu?". Yes, mula-,mula SA pun rasa macam dah terlambat. Tapi satu saat tu, SA mula sedar, "kalau aku tak ubah diri aku sekarang, takda siapa boleh ubah aku kemudian". That time SA pujuk gila-gila mak SA supaya bagi keizinan untuk SA pindah sekolah. And alhamdulillah mak SA bagi akhirnya selepas beberapa hari berperang mulut. Chwoseunghamnida, uri eomma.

But now I have regrets. What regrets? Menyesal pindah?  Nope. SA regret tak hargai betul-betul kawan sekeliling SA kat sekolah baru tu. 11 months is too short untuk kami berkawan. Yes, kami baru kenal 11 bulan, tapi diorang dah buat SA sayang gila kat diorang. Sbb apa? 

Sbb first time dalam hidup SA, ada orang cari SA dulu, bukan masa susah saja.
Sbb first time dalam hidup SA, ada orang tunggu SA, tanpa SA suruh dan bukan sebab diorang takda kawan.
Sbb first time dalam hidup SA , ada orang betul-betul hargai SA sebagai kawan diorang.

And that's doesn't mean dekat my previous school takda orang macam tu. Just... well I'm old enough to deal with it. SA tahu, diorang ada orang yg diorang rasa diorang patut lebih hargai dari segalanya. So that's why. 

But at my new school, I'm always their first choice. 

Tapi semua tu tak bermakna SA menyesal tak pindah dari form 4, or since form 1 lah senang cakap.

Kalau SA tak duduk kelas SA masa form 4 at my previous school tu, tak mungkin SA boleh rapat and start conversation dengan semua yg SA rapat sekarang. And this one pun SA regret.

Pendek cerita kan, SA regret tak hargai moments SA bersama diorang semua dulu. Even if we were together for a short time, SA patut hargai semuanya betul-betul dan tak menyesal macam sekarang.

Kalau nak tahu, since trial SPM haritu, SA mula tak lalu makan. Well tak lalu tu tak bermakna SA tak makan langsung. Tapi SA makan sikit. Not like my usual self who used to be a big eater and makan macam perut sebesar tangki air. Sometimes SA nak hide benda tu, SA akan paksa jugak diri makan banyak sebab SA lapar ja cuma takda selera so perut boleh ja isi just hmm paham tak? Selera tu takda. And the worst is SA tak tahu apa yg buat SA jadi macam tu. But since nak SPM so SA rasa maybe sebab takut exam dah dekat lah kot.

But then more than a month pass by like a wind. Tup tup dah last day sekolah (25/11/16 , Jumaat). And masa dah habis sekolah tu, bila semua orang dah salam-salam, peluk-peluk, SA decided, "kalau aku tak nangis sekarang, kalau aku tak peluk sekarang, aku akan menyesal seumur hidup aku". Because this is my second farewell with friends. So I don't want to repeat the same mistake, where last year, when SA nak keluar dari previous school SA, SA pergi bawak diri macam tu ja. SA tak buat proper goodbye dengan semua orang. Dan sekarang SA menyesal. Menyesal sangat-sangat. So SA taknak menyesal buat kali kedua.

Then bila balik rumah, SA buat keputusan nak pergi asrama sekolah lama, spend those last days with them sepuas-puasnya. Nak kumpul budak kelas lama SA and do a proper goodbye. SA rancang nak tidur dua hari but the day before that SA demam. SA usaha tahan sebab taknak mak SA tahu sebab nani mesti dia tak lepas pergi punya. Tapi kalau dah nama mak tu, apa boleh buat. But the day after that I beg her jugak and at last mak SA lepas. Well but dapat tidur sehari ja and that's make me want to cherish the times more. 

SA rancang nak tangkap gambar sekelas and buat proper goodbye tu, but end up semua orang kalut balik rumah, hmm excited habis SPM nak buat macam mana kan? Tapi dapat jugak lah bergambar with a few of them. Even tak jadi macam yg SA rancang, tapi SA puas. Puas hati sangat. Rasa macam semua regrets dah hilang. No, tak semua but most of it. 

And kalau nak tahu jugak, since then SA dah lalu makan and I was like "wow i found my true self back". Masa tu lah SA sedar, yup, SA tak lalu makan tu sebab SA terlalu fikirkan perpisahan yg bakal kami lalui dan SA rindu kawan-kawan sekolah lama. SA takut rasa menyesal tu bergelumang lagi. But now, SA puas!

For those yg setia di sisi SA sehingga ke hari ni, THANK YOU VERY VERY MUCH!

Update seterusnya SA akan bagitahu plan SA selama berkurun cuti ni. For now, bye!

Wassalamualaikum w.b.t.

Sunday, 18 September 2016

Bloom

Assalamualaikum w.b.t.

Finally, I'm blooming, ready to be target by a bee.


Now Playing : HAPPY BIRTHDAY - Yang Yoseob


Hi again. Actually takda rasa pun nak update but since I'm a Queen (bday girl) today, SA gagah jugak tangan untuk update. Well at least SA buat jugak comeback setelah lama menyepi dari dunia blog ni. SA tak pergi mana pun. Ada ja dekat sini. Tapi dekat blog orang lain la. Macam biasa editing apa bagai. Banyak benda nak update like setiap kali something jadi or SA terinspire, SA dah set dah dalam otak k balik nanti nak update hm kemalasan win. Plus dengan tahun ni tahun SA menduduki SPM pulak kan, memang busy lah sikit (eleh padahal duduk rumah tak study pun kau hadap drama memanjang tengok laptop jugak pegey rahhh)

Sebelum apa-apa, I want to thanks Allah a lot for letting me survive from 18 Sept 1999 at 4.23 pm sampai la sekarang walaupun SA ni hamba yg tak guna. Tak reti bersyukur kadang tu. Pastu mintak macam-macam tapi taknak usaha, nak sujud pun malas. Ampun, ya Allah.

Firstly, SA nak ucap terima kasih banyak2 dekat mak SA Pn. Noor Azian bt Osman sebab bertarung nyawa untuk bagi SA tengok dunia ni dan abah En. Omar bin Ghazali yg bertungkus lumus kerja dan tak penat layan kerenah anak dara dia seorang ni even though at the end SA ni seorang anak yg paling tak guna rasanya, asyik buat mak nangis, marah-marah, and always disappointed them. Mak abah, adik nak mak abah tahu, yg adik sangat-sangatlah nak banggakan mak abah walaupun sekali, adik nak sangat peluk mak abah, cium mak abah, dan kata dekat mak dan abah, "adik sayang mak abah sangat-sangat" tapi yeah, ego always win. One day mak, one day abah, adik tahu adik tak patut tangguh sebab Allah boleh ambil nyawa kita bila-bila ja tapi adik tetap janji, one day adik akan tunjuk dekat mak abah yg adik ni pun berguna macam orang lain, yg adik ni worth it untuk mak abah jaga dari sekecil zarah sampai sebesar ikan paus yg asyik lapar memanjang dan tak reti nak berhenti makan. Eh ikan paus besar sangat. Okay lah, sebesar gorilla (hm mcm besar jugak ja). Even if tak sempat di dunia, adik akan buktikan di akhirat.

Next, kepada kakak, abang cik (al-fatihah)(walaupun kita tak sempat jumpa), kakya, dan abang yet, walaupun kita tak serapat dan sechilling adik beradik orang lain, tapi adik bersyukur adik ada korang dalam hidup adik. At least masa adik kecik dulu ada jugak orang tolong mak jaga adik, main dengan adik. Salah adik jugak, terlalu introvert dari kecik. Bila besar jumpa kawan baru reti nak extrovert sikit, tapi nak buat depan korang, hm take time kot, still awkward. Dan kepada kakak yg selalu ada time adik dibelakangkan, thanks sangat-sangat. Kakak ja yg selalu ingat adik di saat semua orang lupa adik ni wujud. Thanks sebab anggap adik macam adik kandung kakak walaupun kita asal dari rahim yg berbeza.

Then kepada semua makhluk yg wujud dalam hidup SA, atau pernah wujud, atau tak pernah anggap SA wujud pun, kucing dan anjing tepi jalan yg SA pernah jumpa dan ajak sembang, pokok-pokok dan alam sekeliling yg sering mengindahkan pandangan dan melapangkan jiwa, thanks sangat-sangat. Walaupun kita tak rapat atau tak sekepala atau tak pernah cakap sekali pun, korang semua mengajar SA erti kehidupan. Everyone is worth to meet. Thanks for the memories and lessons.

Lastly, THANKS DEAR SELF. You have managed to survive till this moment. Thanks sebab cuba berubah jadi yg lebih baik, thanks sebab bagi kesempatan untuk diri kau bahagia, thanks sebab tabah hadapi ujian hidup selama 17 tahun. Daripada nak merangkak pun tak lepas sampai dah boleh lari 1400m 4 tahun turut-turut walaupun tak pernah menang, hm well at least i did run 1400m straight dan tak give up separuh jalan macam orang lain walaupun sebenarnya baru 1 round dah mengah. Nak ja SA berhenti sebelah join diorang muntah sekali and be disqualified. Tapi tak, SA teruskan, sebab SA tahu kat depan sana ada yg tengah tunggu SA sampai, yg tak sabar-sabar nak sambut SA dan berbangga dengan SA walaupun balik dengan tangan kosong.

Macam tu jugak dengan kehidupan kita, kalau kita tabah tempuhi apa jua halangan dan rintangan depan kita, inshaallah kita boleh sampai ke mana yg kita nak.

Kepada diri sendiri, teruskan usaha kau sekarang dan encourage diri kau macam yg kau selalu encourage orang lain. Sekarang ni giliran kau pula untuk kata pada diri sendiri "don't give up" "be strong" "everything's gonna be okay". Be what you told others to be.






Wassalamualaikum w.b.t.

Saturday, 25 June 2016

Puzzle

Assalamualaikum w.b.t.


Uwaaaaaaaaa !!! I miss my blog so much. Bukan takat lama tak update, SA bukak, jenguk pun tak. I was busy with PPT lately but on the two weeks holidays... hmm it's just literally, I'm lazy.

Okay SA excited nak update ni sbb SA nak kongsi satu inspirasi yg SA dapat dari cerita cikgu SA. Even dia elaborate sikit ja, I'll give more because I understand it more than just what my teacher said.

Here's the story.

"Last weekends, I was in KL and when I was there, I got a puzzle. You know berapa banyak puzzle pieces dia bagi? Seribu ohh. Bukan sikit ma. So tiga hari I kat sana I buat ja puzzle tu berejam2 tiap hari. And you know what happen? It's really unexpected and I got so frustrated you know? Dalam banyak2 pieces yg saya dah cantum tu tiba2 ADA SATU KEPING HILANG. Saya pun hairan macam mana dalam banyak2 tu, boleh hilang satu. I search it at the whole place but got nothing. 
Then I tell my friends about it, asking them what I should do to cover it because not nice la kan gambar kat puzzle tu. They suggest many ways but I just can't accept it. Sampai saya naik kereta nak balik Penang pun I still thinking about how to cover the puzzle. But you know what? Some thoughts suddenly appear in my head. 
Kenapa saya susah hati sangat dengan satu keping puzzle tu? Sedangkan kat the whole puzzle tu ada lagi 999 keping yg saya dah usaha. So buat apa saya nak ambil hati satu tu hilang? Right or not? Same lah like us. Buat apa nak tengok satu kelemahan tu sedangkan banyak kelebihan lagi yg ada pada kita? Kenapa kita kalut sangat nak tutup kelemahan tu? Biarlah orang nampak pun. Yg pastinya, kita tahu siapa diri kita. Kita dah usaha untuk jadi siapa diri kita sekarang"

And let me add some.

Buat apa kita sibuk nak cari puzzle piece yg hilang tu sedangkan kita ada 999 pieces pada kita?
Buat apa kita nak terhegeh2 kat orang yg dah pergi sedangkan di sekeliling kita masih ada ramai orang yg Allah hadiahkan sebagai peneman dan penyeri hidup?
Kenapa kita tak appreciate ja apa yg kita ada?
Bukankah lebih indah macam tu?

Dan jangan sampai sebab kita sibuk cari satu keping puzzle yg hilang tu, kita hilang terus lagi 999 keping yg kita dah sedia ada tu.
Jangan sebabkan kau tergedik nakkan someone tu ada dalam life kau, kau hilang family, kawan and just everyone in your life.

Padan muka.

Tapi bagus jugak.
Sebab masa tu baru kau tahu yg kau hanya ada Allah.

Wassalamualaikum w.b.t.

Sunday, 10 April 2016

Mean

Assalamualaikum w.b.t.



Haritu SA terdengar si A ni cakap dekat si B, 

A : "wei, kau pernah tak nangis sebab kawan"
B : "kenapa tanya macam tu? nak nangis sebab apa"
A : "alah nangis sebab apa ja like sedih dia berubah ka, buat benda yg kita tak suka ka"
B : "tak pernah ah pulak"
A : "serious tak pernah? tipu ah kau ni. takkan sado sangat"
B : "betul lah, nak bohong buat apa? membazir air mata ja lah nangis untuk kawan"

But in the other day, I heard si B cakap dekat C,

B : "wei haritu dia (pakwe) bergurau dengan aku kasar gila"
C : "then apa jadi?"
B : "pastu kami gaduh lah. aku nangis tahu tak. take time gila dia nak pujuk. ego tinggi"

Nampak tak apa yg tak kena kat sini?

Hello, sis. Buat apa kau nangis untuk orang yang belum tentu pun jadi suami kau? Sedangkan lagi worth it kalau kau nangis untuk kawan sebab diorang yg corakkan hidup masa zaman remaja kau sebenarnya tau? Even yes, aku tahu tak semua yg be real dan jujur dengan kita tapi tak semua fake jugak. Mesti akan ada even seorang kawan kau jujur dan ikhlas kawan dengan kau. 

Tapi pakwe kau yg kononnya 'loyal' tu akan tinggalkan kau jugak. Even fate says that ada jodoh korang bersama, korang takkan bahagia. Trust me. Sebab korang dah bazirkan zaman kemanisan tu buat sekian lama dah. Lepas kahwin, maybe not both but probably one of you will feel annoyed and bored with another.

Dan di saat kau jatuh tu, kau nak cari sapa? Kata lah kau tak sampai hati nak tunjukkan kesedihan depan mak ayah kau, you will be searching for shoulders yg sanggup dibasahi air mata kau jugak kan? Bahu siapa lagi kau nak redah kalau bukan bahu kawan kau?

Anak muda, sedarlah. Kita sedang berada di akhir zaman sekarang ni. 
Takkan bila izrael nak cabut nyawa kau, kau nak cakap, "jap jap, jangan cabut nyawa aku lagi. aku tak ready lagi lah".
Takkan bila israfel nak tiup sangkakala, kau nak kata, "kejap. jangan tiup lagi aku nak solat taubat dulu".

Macam tu?

Oh boys and girls,
Sedarlah bahawa kita ni hamba yg hina di mata Allah. We are nothing if we don't have Allah with us now. So realize lah cepat kepada siapa yg kau sembah selama ni dan untuk apa kau sujud kepada-Nya selama ni.

p/s: nak sambung buat homework(sssss)

Waalaikumussalam w.b.t.

Friday, 18 March 2016

Free

Assalamualaikum w.b.t.

Life is so unpredictable

Free yang aku cuba maksudkan di sini bukanlah 'percuma' tetapi 'bebas'.

Yes. Sebab aku merasa seperti aku bebas dari dunia 'acah-acah perfect'. Aku akui, results aku lebih baik sekarang berbanding dahulu. Dan hidup aku seakan-akan terlepas dari satu masalah. Hidup aku lebih tenang sekarang. Dan itulah yang membuatkan aku berasa bebas.

Tapi sedang aku menikmati kebebasan aku ini, aku teringatkan mereka. Mereka yang used to be beside me dan buat segala benda dengan aku selama ni.

Ya, aku tengah bercakap pasal kawan-kawan sekolah lama aku.

For seriously, aku kesiankan mereka. Tulus ikhlas aku cakap.


Kenapa ukhwah makin lama makin susah nak dibentuk. Kenapa tak ada sesiapa yg nak tolong kawan dia bangun lepas dia jatuh? Bukan semua manusia mampu bangun sendiri. Semua Allah beri kekuatan dan tahap kesabaran yg berbeza-beza. Kalau kau kata kau dah tegur tapi dia taknak terima and said "tanggungjawab aku dah lepas", seriously, korang bukan seorang sahabat.

Apa yg aku cuba cakap is kita semua tak perlukan kawan. Kita semua perlukan sahabat. Orang yg sedia berada di sisi kita susah dan senang, orang yg tak akan mengalah dengan apa pun yg kita buat. 

Ya aku berani cakap ni sebab aku pun pernah lalui. Di saat kau nak bangun dan tak mampu tapi tak ada sesiapa pun datang menghulur tangan. Aku pernah rasa. Sakit wei. Pedih. Dan aku pernah rasa jugak di saat kawan kau jatuh depan mata kau dan tak ada sesiapa yg datang tlong dia. Perasaan tu perit wei. Perit. Jadi aku tolong dia untuk bangun walaupun dia taknak sambut huluran aku. Tapi aku tak pernah mengalah. Aku masih tunggu the day that she will hold my hands again and run towards jannah together. Aku tetap tunggu even banyak kali aku rasa nak mengalah, lepas dicaci, dihina oleh kawan sendiri, aku tetap setia menunggu sebab aku percaya dia masih boleh berubah.

Dan macam tu lah jugak aku nak korang semua behave. Behave seperti seorang sahabat. Bukan seperti seorang kawan. Kalau kawan dengan haiwan pun kau boleh berkawan, dengan patung pun kau boleh berkawan. Tapi gelaran sahabat hanya ada pada manusia wei. Trust me. 

Dan satu lagi. Tu sekolah ka kilang? Serious tak ubah macam kilang. Pelajar ditekan untuk kepentingan pihak sekolah dan kementerian semata-mata. Dah hilang nilai kasih sayang antara pelajar dan cikgu dalam sekolah tu.

Pelajar disuruh mendapat keputusan yg cemerlang yet they make the students take over every works. Apa semua ni? Bukan semua pelajar dapat kelebihan yg sama. Duduk sekolah pandai tak semestinya kau tak payah belajar 24/7 pun kau akan dapat results bagus. Tak semua orang boleh wei.

Dan percayalah, cikgu. Seteruk mana pun seorang pelajar tu, cikgu tak layak nak putus asa ke atas mereka. Cikgu tak layak nak halau mereka keluar sebab air muka cikgu dah jatuh. Serious tak layak. Percayalah cikgu. Apa yg cikgu perlu buat hanyalah memberi kepercayaan dan percaya mereka boleh berubah. Bukan buang mereka semua. Sebab sekali lagi saya ulang, CIKGU TAK LAYAK. 

Aku pun berubah sebab ada yg percaya aku boleh berubah. Di saat semua orang suka tengok aku tersungkur, hanya ada beberapa orang cikgu ni ja yg percayakan aku, yang mengharap aku boleh bangun semula. Dan kepercayaan tu lah yg bantu aku bangkit sehingga sekarang. Semuanya bermula dengan kepercayaan, sayang. Tak perlu buat apa-apa pun. Tak perlu guna tenaga, tak perlu guna duit pun. Tak susah, cikgu.

Yes aku marah sangat sekarang. Marah sebab cikgu-cikgu makin melampau. Marah sebab kawan-kawan aku dah mula tak peduli antara satu sama lain. Come on lah.

Demi nama Allah, masa hari ambil results SPM nanti, aku sendiri yg akan jumpa cikgu-cikgu yg layan pelajar macam robot ni, dan tegur dengan mulut aku sendiri. Aku nak diorang tahu apa salah diorang mendidik. Kalau biar, benda takkan berubah sampai bila-bila pun. Aku pun taknak cikgu-cikgu masuk neraka sebab salah benda yg kecil-kecil.

Aku janji dengan diri aku, dengan kawan-kawan aku.

Semua yg aku cakap ni tulus ikhlas dari hati aku. Maaf.

Wassalamualaikum w.b.t.

Wednesday, 16 March 2016

Far Away

Assalamualaikum w.b.t.

"I've learned that you can keep going
long after you think you can't"

Ya memang aku dah boleh move on. Tapi hari demi hari, aku rasa mereka makin jauh dari aku. Entah kenapa. Dan semakin jauh mereka dari aku, semakin aku rasa aku jauh dari diri aku.

Aku dapat rasa yang aku berubah. Dulu, aku tak pernah chat, tweet or senang cakap tak tegur langsung lah kaum Adam ni. But now, aku dah mula chat private, tweet, melawak apa bagai.

But yeah, aku cakap benda merapu ja, melawak macam kawan, macam mana aku melawak dengan kawan perempuan aku. So I thought it's okay. Sebab aku bukan menggedik or bermanja ka apa ka. And in real life pun aku tak pernah bercakap langsung dengan mana-mana lelaki even classmate aku.

Sampai la satu hari, I saw this tweet said, 
"Dekat luar, ikhtilatnya sangat terjaga,
Tapi dalam diam, dia kecundang bab ikhtilat di dalam alam maya"

Aku tersentak. Jari aku yg nak tekan 'retweet' pun beku, tak jadi. Serious aku rasa macam tweet tu memang untuk aku. Untuk menyentapkan aku yg dah terbelok entah ke mana ni.

Dan saat itu aku tahu, sebenarnya Allah sedang panggil aku untuk kembali. Kembali menjadi diri aku yg dulu. Aku tahu, Allah masih menyayangi aku. Dia taknak aku pergi jauh dari landasan ke syurga-Nya, so Dia tegur aku awal-awal.

Aku bersyukur sebab hati aku masih sedar dan boleh menerima sebelum aku terpesong lebih jauh lagi. 

Terima kasih, Ya Rahim :')

Wassalamualaikum w.b.t.

Saturday, 6 February 2016

Change

Assalamualaikum w.b.t.

Change is never easy;
You fight to hold on,
And you fight to let go.

Well it's a month already since the school first started. I want to update the last time I came home but hahaha yes I'm too 'busy' of all those stories that I excitedly want to share with my friends.

So let me write in both malay and english for more comfortable writing.

Masa on the way ke asrama pada 3 Jan tu, SA berdebar gila. Serious tak tipu. Air mata SA asyik bergenang ja, bila lap, dia keluar lagi. Waktu tu ada slight of regrets dalam diri SA but SA cuba endure it because SA tahu mak SA dah lalui macam2 untuk pindahkan SA. So SA rasa SA tak berhak nak menangis. Bila sampai ja, dah siap daftar, cup katil, kemas loker semua, mak SA balik. And that's the loneliest I've ever feel in my whole life till that day. But nak tahu something tak? Allah tu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang tau. Dia takdirkan adik Anis Syazwani sekolah situ dan duduk asrama jugak. And of course la SA jumpa dia and SA seronok sangat masa tu sebab Allah bagi peneman walaupun SA tahu semua tu sementara ja. Then mak dia ajak keluar makan la apa la. Tapi ya, Allah pinjamkan bahagia tu sekejap ja. Ayah Anis hantar SA dgn adik dia then baru nak hantar Anis. Masa nak berpisah tu punya la berat hati tapi SA relakan ja sebab SA tahu SA bukan boleh bergantung pada dia lagi pun lepas ni. 

Then sampai malam tu, SA tahan semua rasa dalam dada and sebelum SA tidur, SA lepas semuanya. SA nangis sampai tertidur. Tapi tanpa sedar, sebenarnya dalam tidur pun SA nangis jugak. Because as I woke up the next morning, air mata tengah meleleh lagi. But SA tak ingat pun SA mimpi apa sebenarnya malam tu. Kenapa SA nangis? Sebab SA rindu kawan2 kat Mashoor. SA perlukan diorang masa tu, SA nak peluk diorang, SA nak jerit kat telinga diorang yang SA sayang diorang semua no matter what. And because that moment, at that rate, SA realize yang SA dah tinggalkan benda paling berharga dalam hidup SA kat belakang. 

Dan SA realize jugak, dah tak ada sapa nak gelak berdekah dgn SA, dah tak ada sapa nak fangirl kpop dgn SA, dah tak ada sapa nak buat lawak bodoh kat SA, dah tak ada sapa nak buat gila dgn SA, dah tak ada sapa nak share makanan dgn SA and the saddest part is, SA takut dah tak ada sapa nak hulur tangan untuk tolong SA bangun bila SA tersungkur atas tanah nanti.

Bila first day masuk kelas tu, SA dapat kelas pure science. Alhamdulillah, budak perempuan semua ramah dgn SA dan budak laki pun bukan jenis yg bising2, nakal sangat apa semua tu. And Jumaat tu baru SA jumpa kaunselor untuk bincang pasal aliran SA. Sebab tujuan utama SA pindah, selain dari stress duduk kat 'sana', SA nak tukar aliran. And setelah bincang, SA dah fikir masak2 yg SA nak masuk aliran Arab but instead of that, kaunselor suggest supaya SA tambah subjek seni sendiri. Sumpah tak tipu, tu first time ada adult yg sokong and encourage SA untuk capai cita2 SA as an Artist. SA tersentuh sangat and masa tu memang SA sangat tekad yang SA nak focus belajar dari awal.

So the next week of school, SA pindah kelas, and budak kelas SA yg lama was like "kenapa pindah kelas? duduk la dgn kami" diorang layan SA macam SA nak pindah sekolah. And I was glad to know that, even I've only know them just for few days, ada ja orang yang nak kawan dgn SA rupanya. And bila masuk ja kelas baru, SA awkward gila sebab even budak laki 4 orang ja dalam kelas tu, tapi diorang buas gila. Serious bising. Ketuk sana ketuk sini. But now lepas sebulan SA stay dgn diorang, SA dah tahu perangai sorang2 and SA dah biasa. Tablemate SA pun baik dgn SA. 

And since then, I learnt, that even kat mana pun kita berdiri, kalau kita jatuh, ada ja yang nak sambut kita. Dan jangan fikir orang yang ada di sekeliling kita sekarang ni yang akan datang pada kita saat kita rebah, sebab kadang orang yang kita tak kenal tu yang datang hulur tangan dulu dari yang lain. So jangan block diri kita from accepting all those new appearance to enter our life. Dan jangan terlalu berharap pada yang dah tak ada. Memang kita masih boleh gapai dari jauh, tapi kita kena sentiasa bersedia hadapi kemungkinan because not all people we love, stay. Tak semua wei.

But apa yang SA boleh cerita dgn bangganya sekarang ni, setakat ni SA tak pernah lagi meniru homework and tak pernah tak siap. Hari tu dapat, hari tu jugak SA siapkan semuanya. SA dah tak tidur dalam kelas. SA bukan story untuk riak. But SA nak bagitahu yang SA bangga dengan diri SA sekarang. SA bangga sangat. SA tak pernah sangka 'hijrah' boleh ubah SA sampai macam ni sekali.




So sekian sahaja kisah penghijrahan SA ke sekolah baru. Tak ada adventure pun and tak senang jugak but thanks to Allah, SA could face all of them dgn baik sekali.

Congrats to me ! Applause, guys ! Hahahaha. Ok bye. 

Oh before that, Happy Chinese New Year to readers yg sambut. Gong Xi Fa Chai :)

Wassalamualaikum w.b.t.

Friday, 1 January 2016

TWO ZERO ONE SIX

Assalamualaikum w.b.t.



Time flew and we didn't even noticed. A year change me and taught a lot of useful things. I tend to become a lot more stronger than before. And I realize that we always should appreciate the moment because like me now, we never know how we will end up. I always thought like "okay since I'm Mashoorian since form 1 so I'll be Mashoorian till I end my school life" but actually not. I have to move to other school for some particular reasons and know what? It does killing me, A LOT.

It's hard to believe that I'll be leaving the friends I love behind while achieving the dreams I want. I may look happy and excited to move like saying "hey my school have boys", "my school don't have to wear uniform", "my school wears black shoes", "my school's book is blue color yes my fav", "my new school is way better than that school". But hey, do you know that I'm acting to be like that? You think I don't feel hurts for saying that? It's freaking hurts, here, deep inside, deep enough that anyone wouldn't see how hurts I am. But saying this won't change anything. 

I tend to learn that "Hijrah need a sacrifice" is a really true words. We won't achieve what we want if we hold on to something for too long. Yes, I learn that. I lose two friends when I changed to become more Islamic with how I dress. But now I lose a freaking more than 80 friends for moving and achieving my dreams.

But no, I wouldn't let that things lingering inside me forever. I may not broke this strong bond between us but I may not hold on to you guys anymore either. I have to accept that things changes and you guys have to accept that I'm not in your memories anymore.

By the way, like I used to do in my previous new year post, I want to list things to achieve for this new year.
  • I want to keep on upgrading good results from time to time like 2015
  • I want to study hard, get a scholarship then run out to other country
  • I want to overcome my 'naive problem'
  • I don't want to overthink either my problems or others
  • I won't give a fucking shit to anything that involve with school
Okay maybe that's it for now, that I could think of.

And right now, as the new year going to starts, I want to let go all of you and starts a new life at my new school. Sorry.

Wassalamualaikum w.b.t.