Monday, 14 October 2013

I called this, LOVE

Assalamualaikum w.b.t.

Hello, creatures! Yeah! That's right. I'm back, everybody! Wooo wooo wooo! *over*. Okay, abaikan yang tu. Hmm, post yang lepas SA dah ceritakan tentang bias SA kan? Well. Dah search pasal diorang? Gambar Zelo SA dah bagi, right? Woohyun dengan Yoseob pulak? Malas nak search? Okay takpa2. Tak paksa suruh search pun. Nak tengok muka diorang? Haha, okay. Kejap eh. Kejap je. Tunggu2.



Haa! Ni la Woohyun tu. Handsome kan?

                                                                                                      



Ni pulak si Yoseob tu. Maybe korang tak nampak 
dia handsome, but dia comel, right?



Puas hati korang? Dah tengok kan? Pandai2 la value kenapa SA minat diorang, okay? Hmm, inilah yang dinamakan cinta, kan? *tapi kalau setakat berangan baik tak payah*. Err, okay fine. Lantak la, SA nak berangan ka apa ka. Sebab true love SA limited edition, okay! Hanya untuk yang halal nanti. Kahkahkah. Jodoh tu ketentuan Allah. Kalau Allah dah kata yang tu jodoh kita, maka dengan yang tu la yang kita akan menjalani hidup bersama-sama. Tapi kita kena ingat satu benda. Orang yang kita kahwini tu, walaupun kita hidup dengan dia sampai hembusan nafas terakhir sekali pun, tak semestinya dia jodoh sebenar kita. Kita hanya akan tahu siapa jodoh sebenar kita dekat akhirat nanti. Eh? Chup, chup, chup! Ni dah masuk bab apa dah ni? Entah apa2 la SA ni. Hehe.

Btw, saja la nak kongsi. Act, hari sabtu minggu ni (19 Oct 2013), Infinite buat konsert world tour kat Malaysia. World tour diorang ni dinamakan "One Great Step". Tahu kenapa? Infinite pernah jelaskan dekat mana entah. Pada tahun 1969 tak silap, angkasawan Amerika, apa entah nama dia, menjadi orang pertama yang menjejakkan kaki di bulan. Beliau mengatakan bahawa langkah pertamanya di bulan adalah "one small step for a man". Infinite mengambil frasa tersebut dan menukarnya menjadi "One Great Step" kerana bagi mereka, konsert world tour ni adalah satu langkah besar untuk mereka. Ni second time diorang datang sini. First time diorang datang masa Golden Disk Award kalau tak silap. Dioarang ada janji yang diorang akan datang lagi and yeah! Diorang dah datang pon. SA tahu, Infinite takkan mungkir janji. Haha. Dramatik lebih pulak. Kah kah kah.

Okay la. Maybe sampai sini saja kott untuk kali ni. Lain kali SA update lagi. Insyaallah. Maybe malam nanti or esok or minggu depan lagi sekali. Masa cuti Deepavali pulak. Kenapa minggu depan? Ha! Lupa nak bagitahu. SA ni budak hostel. Sekolah mana? Tak payah bagitahu la kott kan? If nak tahu jugak, follow twitter SA, mesti korang akan tahu punya. Tak paksa okay. Okay, bye! Wassalamualaikum w.b.t.

Sunday, 13 October 2013

Hey! It's me!

Assalamualaikum w.b.t.

Haha. Hi, all. Seronok jugak akhirnya dapat buat blog sendiri. Walaupun edit tak cantik mana pun. Okay, lupakan pasal cantik2 tu. Dah explore blog SA? Haha. Sebenarnya ni bukannya first time pun Cah buat blog. Saja buat terok sikit awal2 tadi. Blog SA yang lama, SA dh padam. Blog tu since SA darjah 6 lagi. So I think semua isi blog tu zaman jahiliah SA. Malas nk edit balik punya pasal, SA padam terus blog tu then buat yang baru.

Pejam celik, pejam celik, lagi 2 hari nak raya haji dah kan. And raya haji tahun ni sama date dengan birth date Zelo! Siapa Zelo? Hmm, actually he is one of my kpop bias(kpop crush). He is a member of a boy group name B.A.P. Real name dia Choi Junhong. SA in love dengan dia time tengok lagu debut diorang. Which named Warrior. Nak tengok muka dia yang comel tu? (bagi sesiapa yang tak kenal) Takpa2. Nanti SA tunjukkan eh?


Comel kan?

Omo! Kyeowo!

Nampak charming.

Err, abaikan rambut dia. Ni masa mv hurricane.

Tengah text SA
 la tu. *perasan*

Ha! Tu la Zelo. Comel kan? Umur dia baru 18(korean age, kalau biasa punya 17 la). Tapi SA tak minat sangat pun. Bias SA yang sebenar2nya is Yoseob. Yang Yoseob, main vocalist group B2ST. SA minat gila dia. Maka disebabkan itulah cousin SA cipta nama AishEob tu untuk SA (Aishah+Yoseob). Since SA darjah 6 lagi. SA jatuh cinta dengan dia time tengok mv Breath. Waa! Charming gila kott dia. Tapi SA rasa Yoseob dah bukan no.1 di hati SA. Ranking dia menurun duduk no.2 pulak. Siapa pulak yang ambil alih tempat Yoseob ni? Haha! His name is Nam Woohyun, main vocalist of a boy group named INFINITE. Entah macam mana SA boleh suka dengan mamat ni. Yang pasti SA fall for him masa tengok variety show apa entah. Tapi takda subtitle, so SA tak pasti nama dia apa. Lepas2 tu la baru SA jumpa B2ST dan terjatuh hati pulak dengan Yoseob.

Actually, INFINITE group pertama yang SA kenal dalam kpop. Yang Suju, Wonder Girls, SNSD semua tu tak dikira la, sebab diorang world wide. Orang yang tak minat korea pun boleh kenal jugak. SA kenal INFINITE dengan lagu debut diorang jugak. Come Back Again. Yang mana? Alaa. yang 'torawa2' tu. Haha. Lawak pulak cakap macam tu. Hahahahaha *ok fine, tak lawak* . Eh, dah la. Sedar tak sedar, SA dah macam buat karangan dah ni. Ok lah. Bersambung nanti. Insyaallah. Bye! Wassalamualikum w.b.t.